Monday, February 14, 2011

aDam

Dulu,
Bila di sebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami asaduallah,Saifullah,
Tokoh ramai tidak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanita menunduk lemah,
Tokoh kamu sedikit sekali,
Ramainya,boneka Yahudui,


Dulu,Bila disebut lelaki,
Wanita tenang dihati,
Lelaki kami menjaga,melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanita mahu cabut lari,
Lelaki khianat,perogol bersiri,


Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebabnggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Hawa diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tidak bertenaga,


Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki tidak kisah auratnya terbuka,
Wanita dibiar bebas,binasa,




Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu,dunia dan seisinya,


Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad,tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan,tenaga tidak dikerah,


Dulu,
Lalaki memperjuangkan deen dan ummah,
Alfarouq,Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh,


Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatan kuat dan teguh,
Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah,


Kembalilah kaum adam ku,
Pada lumrahmu yang dahulu,
Kami hawa,
Insan yang dicipta dari tulang rusuk lemah,
Hauskan sejarah lelaki dahulu
kembali lah adam ku,..







No comments:

Post a Comment